Tuesday, July 30, 2013

penampakan BMW I3 - mobil bmw bertenaga LISTRIK pertama cuyyy...

penampakan BMW I3 - mobil bmw bertenaga LISTRIK pertama cuyyy...




Pengeluar kenderaan mewah dari Jerman, BMW AG semalam memperkenalkan model elektrik kompaknya yang dikenali sebagai i3.Modeli3 dibina menggunakan material gentian karbon untuk mengurangkan berat dan meningkatkan prestasi pemanduannya.




Ketua Pegawai Eksekutif BMW AG, Norbert Reithofer menegaskan bahawa i3 memang dibina sebagai sebuah jentera elektrik sejak awal lagi.BMW AG menyatakan, i3 dibina di kilangnya di Leipzig, Jerman. Ia berupaya mencatat kelajuan daripada 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam tempoh hanya 7.2 saat.


Dengan satu caj penuh, i3 boleh bergerak sejauh 130 hingga 160km manakala model yang dilengkapi enjin konvensional boleh mencatat jarak sehingga 300km.Kereta i3 dijangka dijual di pasaran Jerman serta negara Eropah lain pada November.Ditawarkan pada harga AS$46,000 (RM148,441) seunit, ia bakal memasuki pasaran Amerika Syarikat, Jepun dan China pada tahun depan. -Kosmo


 VIDEO :



penampakan BMW I3 - mobil bmw bertenaga LISTRIK pertama cuyyy...
sumber | edan77.blogspot.com

No comments:

Post a Comment